Pada 23 Februari 2019, Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) dan Tadika SRIPIPOH telah mengadakan Hari Sukan Peringkat Sekolah ke 21 bertempat di padang Sekolah Rendah Islam Pintar Ipoh. Hari sukan sekolah dirasmikan oleh pengelola sekolah iaitu Tuan Haji Idris Bin Hj Ismail serta diiringi oleh Encik Syahrul Redzuan bin Idris selaku pengarah Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) dan Mudirah sekolah iaitu Puan Rosmaliza binti Jamal Abdul Nasir. Terdapat 4 pembahagian rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah, dan Rumah Kuning. Acara sukan juga merangkumi pelajar tadika, tahap 1 dan tahap 2.


Kontijen Rumah Biru

Kontijen Rumah Hijau
Kontijen Rumah Kuning

Kontijen Rumah Merah

Selain itu, terdapat juga acara cabutan bertuah dikalangan para guru dan ibu bapa . Cabutan bertuah di sampai oleh pengelola Sekolah Rendah Islam Pintar iaitu Tuan Haji Idris Bin Hj Ismail.

Leave a Reply