Tadika SRIPIPOH dan Tadika Ilham Naluri ( Kaffah Kids Kindergarten ) Tronoh

Pada 1.8.2019 ( Khamis ) Tadika SRIPIPOH telah menerima rombongan seramai 19 orang murid 6 Tahun dari Tadika Ilham Naluri ( Kaffah Kids Kindergarten ) Tronoh dengan diiringi 3 guru pengiring untuk merealisasikan ‘ Program Tegur Sapa ‘.

Program Tegur Sapa merupakan program aktiviti yang berbentuk tanggungjawab sosial korporat ( CSR ) dimana murid Tadika Ilham Naluri ( Kaffah Kids Kindergarten ) Tronoh telah memberikan beberapa anak pokok kepada murid Tadika SRIPIPOH untuk ditanam dikawasan sekolah dan dibalas oleh “goodies bag” oleh murid Tadika SRIPIPOH.

Semoga dengan silaturrahim yang terbina ini objektif program tercapai dengan melahirkan anak – anak untuk pandai bergaul dengan masyarakat sekeliling dan juga untuk melatih kemahiran sosial mereka dengan kawan yang baru.

Leave a Reply