PENGENALAN SRIP

Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP), ditubuhkan sejak dari tahun 1998. Kelebihan SRIP dimana kami menawarkan pakej pendidikan Islam Pintar yang berkonsepkan persekolahan satu sesi. SRIP merupakan institut pendidikan berkonsepkan pusat sehenti (One Stop Center) dengan jadual secara integrasi, serta pengisian modul yang berlandaskan Al-quran dan Sunnah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang Beriman, Bertaqwa & Bermaklumat bagi menjana generasi Turos Islami.

PENDAFTARAN SRIP

SRIP merupakan sebuah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

ANUGERAH PENARAFAN SRIP OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Pada tahun 2016, SRIP telah dianugerahkan Sijil Penarafan Sekolah Swasta sebanyak 3 bintang hasil daripada pemantauan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pemantauan ini berdasarkan aspek kualiti pendidikan, prasarana sekolah, pengurusan dan kebitaraan pelajar.