Fasa pembangunan tahun 2019.

Bagi menyediakan kemudahan yang selesa untuk pembelajaran anak-anak didik di SRIP, tahun 2019 ini pihak SRIP telah memulakan projek pembangunan kelas dan juga dewan peperiksaan. Projek ini bakal menyediakan 5 buah tambahan kelas yang mana boleh dimanfaatkan juga sebagai dewan peperiksaan.

Alhamdulillah, tahun 2019 ini SRIP telah dipilih untuk menjadi pusat peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI).

Bangunan ini bakal digunakan sebagai Dewan Peperiksaan UPSR, UPKK & SRAI bermula dari tahun 2019 ini. Doakan agar pembangunan ini berjalan dengan lancar.

Srip amat mengalu-alukan bagi sesiapa yang ingin MENDERMA, MENGINFAKKAN @ MEWAKAFKAN harta mereka. Untuk lebih lanjut, boleh menghubungi pihak sekolah atau masukkan ke no akaun dibawah. Sokongan dan doa dari semua pihak kami ucapkan jazakumullahu khairan kathiran…..