السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Assalamualaikum ibubapa yang dihormati..

PENGGUNAAN SISTEM BERKOMPUTER (SMAP) UNTUK PENGURUSAN YURAN

Bermula bulan hadapan, pihak sekolah akan menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMAP) bagi pengurusan yuran.

Ibubapa /waris yang telah berdaftar akan diberikan akses login untuk mengemaskini maklumat anak atau melihat laporan pembayaran yuran ;

Kemaskini maklumat murid berdaftar;
https://smap.my/app/update_info

1.Yuran Pengajian Bulanan adalah dari JANUARI hingga Disember, pembayaran yuran hendaklah dilakukan sebelum 10hb setiap bulan.

2.Ibubapa akan menerima notis invois setiap bulan sebagai peringatan untuk mula membuat bayaran. Maklumat yuran dan akaun bank ada tercatat dalam invois yang dikeluarkan.

3. Pembayaran adalah secara talian(online), menggunakan kaedah ;

  • payment getway
  • Bank Tranfer @ Bank In
  • Tidak digalakkan membuat pembayaran tunai.

4.Resit pembayaran juga akan dihantar melalui SMS/email atau Whatsapp. Ia boleh dicetak sendiri jika perlu.

4. Sistem akan menghantar notis peringatan kepada ibubapa jika ada yuran tertunggak.

Dengan penggunaan sistem ini diharap ia akan lebih memudahkan kedua-dua belah pihak.

Kerjasama daripada ibubapa /waris untuk membuat pembayaran yuran tepat masa, kami amat hargai. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan urusan semua, dan rahmati dengan kesejahteraan didunia dan akhirat.

جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا Terima kasih.

Sebarang Permasalahan dalam urusan menggunakan sistem, sila whatsapp ke: 011-20829522 Talian sekolah.