Tarikh : 21 Jun 2019 bersamaan 17 Syawal 1440H

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah s.w.t. Maha merancang segalanya.Apa yang kita rancang telah pun membuahkan kejayaan dalam menjayakan Majlis Mesra Aidilfitri bagi tahun ini.Majlis ini adalah merupakan projek tahunan kerjasama ibubapa, waris, asatizah dan warga kerja SRIP, program ini bertujuan untuk menghidupkan budaya gotong royong dalam menjayakan kenduri kendara.

Suasana yang ceria lagi meriah, dengan pelbagai hidangan yang disediakan. Kehadiran tetamu yang terdiri daripada ibubapa seisi keluarga, bekas – bekas pelajar ( ALUMNI ), ibubapa waris ALUMNI, jiran tetangan dan masyarakat setempat menyerikan lagi majlis. Semoga ukhwah yang terjalin dirahmati dengan keberkatan dunia dan akhirat.

Warga SRIP mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang mulia hatinya memberi sumbangan dan tenaga di dalam menjayakan majlis ini. Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan.Mohon seribu kemaafan andai ada terlebih terkurang sebelum,semasa dan selepas majlis dijalankan.

Kuih bahulu tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra.

Insyaallah semoga panjang umurnya dan diberikan rezeki untuk kita bertemu kembali pada Majlis Mesra Aidilfitri 1441H / 2020M yang akan datang

.

Leave a Reply