Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) , ditubuhkan pada tahun 1998. Sistem Pendidikan Sekolah ini selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan generasi yang seimbang dari sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. SRIP menawarkan pakej pendidikan Islam Pintar, persekolahan satu sesi, institusi berkonsepkan pusat sehenti (One stop Center) dengan jadual integrasi, serta pengisian modul yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah untuk melahirkan murid yang “Beriman, Bertaqwa & Bertaqwa” bagi menjana generasi turos islami.