SRIP amat mementingkan kerjasama dengan ibubapa. Ini kerana peranan ibubapa amat penting dalam perkembangan minda anak-anak. Serta ibubapa juga berperanan dalam mendidik anak-anak mereka supaya segala ilmu dan amalan yang di ajar dapat diteruskan dirumah.
Oleh itu, disamping penganjuran program dengan pelajar SRIP, program dengan ibubapa juga sentiasa diadakan supaya setiap ibubapa SRIP tidak terasing dengan sistem pendidikan di SRIP. Antara program dengan ibubapa ialah IFTAR JAMA’IE, JAMUAN HARI RAYA, HARI SUKAN, SOLAT HAJAT DAN PROGRAM IHTIFAL SRIP.